LIFE : Oh My Ex - Baby Sitter!!!!!!

Friday, March 01, 2013

Salam Jumaat kepada semua,

Yes I know, dah lama sangat kot jarak post Cambodia yang first dengan episod seterusnya. Tapi boleh tak nak cerita dulu pasal my EX-BABY SITTER dulu? boleh la eh? nyelit sikit je. 
I kenal kakak ni pun atas rekomen kakak sedara I. Pada mulanya after habis cuti bersalin, Danish duduk dengan kakak sedara yang tukang rekomen ni. But suddenly ada sebab-sebab yang tidak membolehkan dia untuk jaga Danish lagi. So dia jaga Danish around 4 months macam tu. Tapi tak pe la, kakak yang akan jaga ni, duduk Damai, jadi I just fikir masa tu, senang sebab dekat dengan kitorang, since Hery pun dah keje kat KL masa tu. At first nampak okay, yes kakak ni memang nampak tegas, mungkin sebab dia bini polis. Dalam masa lebih kurang 6 bulan gak la dia jaga Danish, dah nampak dah simptom-simptom kakak ni memang ada masalah peribadi, antaranya.....
  • Pernah kantoi dia tak mandikan Danish time petang, sebab masa I datang nak pick up Danish dia tengah tukarkan Danish punya baju siang kepada baju malam. Kompom la tak mandi kan????? Patut la Danish ni masam sangat bau dia!
  • Ada sekali, lepas Hery pick up Danish, kakak tu tak tukarkan pun diapers Danish. Hery check, tahi Danish dalam diapers tu kering bak angggg!! ape makna tu? Dari jam berapa dia tak tukar tu?
  • Kakak ni kerap sangat tertukar botol susu and puting. Danish ni senang kene infection. Tak leh kotor sikit. Bila infection, akan kacau darah putih dia. Yup, itu adalah tahap sensitif Danish, sejak lahir. That's why Danish kene abnormal Jaundice (less than 24hours detected).
  • Danish slalu sangat berbenjol, alasan dia lasak sangat. Ada sekali jumpa kesan lebam macam kene cubit hujung jari. I tau la kesan kena cubit hujung jari, sebab mama dulu selalu tinggalkan kesan tu kat badan I, baik sangat kaannnnnnnnnn~
  • Paling tak boleh bla! Kepala Danish tersagat dengan skru, berdarah beb! rilekkkk je kakak tu boleh cakap "Danish tak nangis pun". Ni bukan masalah dia nangis atau tak, kalau kene mata macam mane?????
I bukan tak nak cari baby sitter baru lepas ape yang jadi, dah usaha tapi tak de rezeki. I sampai ambil cuti kadang-kadang yang mana kekerapan dia adalah selalu sebab nak baby sit Danish.

Tiberrrr, ada pulak tukang report cakap, Danish pernah disuap makan dan pinggan yang kakak tu guna berkongsi dengan 3 ekor kucing? Biadap sangat kalau macam tu! tambah kuah lagi si tukang report, Danish selalu kene tolak (memang gaya sengaja tolak) dengan anak lelaki dia. Hadoooiiiii! Dan.. yang ni paling best! Anak lelaki dia pernah acu pisau kat atas kepala Danish. Perrrrghhhhhhhhhhhhh.. memang tersirap darah I! After knowing that, terus pecat kakak tu. Immediately! I pecat guna sms je. Malas nak perang mulut. But she not reply. 

I bukan tak nak buat report polis, I tak nak panjang cerita. Plus tukang cerita tak nak panjangkan benda ni. Anak dia pun mangsa okay... dia pun dah tak hantar anak dia kat kakak tu.

Itu la ceritanya, kakak sedara I rasa bersalah sangat sebab rekomen kakak ni. Tapi bukan salah kakak sedara I pun. Dia ingat kakak tu okay je. Danish pun dah duduk dengan baby sitter baru. Dekat Bangi. 2 minggu ni nampak okay. Danish tak dah ganas sangat sebab dah boleh peluk Uqael instead tolak Uqael. Oh! Uqael tu anak kawan I si MammaFerrari hengkauuuuuu! Harap yang ni kekal la. Inn shaa Allah. Amin!

Sanggup ke nak aniaya budak tecik ni?

P/S: kalau ada nak amik baby sitter kat Damai tu, reroger I okay. Mana tau baby sitter psycho tu.

You Might Also Like

0 comments