Gulai Lemak Tempoyak
Omnomnomnom : Gulai Lemak Tempoyak Ikan Keli Super Pedasssssssss!
Tuesday, April 14, 2015
Assalamualaikum,
Misi mummy untuk masak setiap hari hampir berjaya. Letih fikir nak masak apa. Ingat soklan "nak makan mana?" habis mencabar minda dah, now I have a same problem with a little bit twist question. Gicheewww. So mummy dalam misi nak anak perempuan, kita mulakan dengan menjaga makan, yakni banyakkan makan ikan dan kurangkan daging. Hakhak mummy ikut je la dah orang ajar mummy macam tu (dasar senang terpengaruh dengan rakan sebaya), memang la anak tu rezeki, yang penting sihat, tapi kita kena usaha kan? Lalu mummy dok borong ikan je la. Ikan cencaru, ikan keli, ikan talapia, ikan sebelah pun mummy beli. Nak variety punya pasal. Tapi ada la gak selingan udang dan sotong. Bukan tak makan langsung daging tu, tapi kena la kurangkan.
Bila sampai turn si Keli ni, mummy agak buntu nak masak apa. Kalau goreng Keli tu memang mintak jauh la, macam perang dalam dapur nanti gamaknya bersiap perisai. Nak elak part goreng-goreng ni mudahnya kita buat gulai je la. Senang!
Geledah-geledah peti ais, jumpa sebekas besar tempoyak mak mertua tahun lepas. Sumpah tak pernah bukak. Elok lagi berikat dalam plastik. Mummy memang dah lupa kewujudan dia. Haha. Jangan risau, tempoyak perap lagi lama lagi sedap. Tapi kalau uols tanya apa jadi kat tempoyak tu kalau perap 8 tahun, hurmmmmm mummy belum boleh jawab. Mummy akan tinggalkan sesudu untuk test. Semoga mummy ingat nak tinggalkan sesudu tu.
Gugel punya gugel, mummy decided untuk buat Gulai Lemak Tempoyak Ikan Keli. Actually mummy nak buat Gulai tempoyak biasa je sebab malas la nak bersantan bagai. Check dalam peti, daun kesum tak de. Kalau takat dua helai je perlu leh la mummy abaikan, tapi dia minta secekak maka tukar plan. Plus kol 1 pagi nak cari santan tu lebih mudah berbanding daun kesum. Tabah je hubster layan mummy, keluar pergi memburu santan sesubuh hening.
Masak Gulai Lemak Tempoyak ni serius mudah. Now everibadeh can cook Gulai Lemak Tempoyak! But first thing first mummy nak share cara basuh ikan keli. Dia ada banyak version tapi ini yang mummy buat. Dah siang bersih tu basuh dan lumur ikan keli dengan garam, perap untuk 15 minit. Lepas tu uols bilas. Kemudian lumur dengan tepung gandum, lepas beberapa minit uols bilas lagi. At this stage uols akan rasa ikan Keli tu dah kurang lendirnya. Sebab lendir ni la punca TokMa (my mama) tak nak masak ikan Keli. Dia pernah cuba-cuba, tapi lepas tu patah selera berminggu-minggu. So ini boleh jadi #tipskurus untuk yang penggeli sangat tu. Bukan tak nak masak sendiri, tapi dulu duduk dengan TokMa kan, memang harap TokMa je la masak. Eleh, macam la uols tak buli mak uols macam tewww~
Okay, seterusnya kita pergi part memasak pulak, tapi sebelum tu nak menunjuk la list bahan-bahan nya.
Disclaimer : Sukatan adalah ikut sedap tekak & lidah mummy. Nak ikut sedap lidah & tekak uols mohon adjust.
Okay, seterusnya kita pergi part memasak pulak, tapi sebelum tu nak menunjuk la list bahan-bahan nya.
Disclaimer : Sukatan adalah ikut sedap tekak & lidah mummy. Nak ikut sedap lidah & tekak uols mohon adjust.
2 ekor ikan keli (mummy beli yang beso then belah 2 each)
Kunyit hidup dalam seinchi setengah
Cili padi segenggam (tak nak pedas leh kurangkan)
Serai 4 batang (Kuruih ja size dia)
Tempoyak sesenduk (senduk mummy diameter dalam 8 sentimeter)
Santan sekotak
Air secukupnya
Asam keping
Garam & Gula sebagai pelengkap.
Cara-cara dia cenggini, tumbuk kunyit dan cili padi sampai lumat. Kalau rumah takde lesung boleh pakai blender tapi jangan letak air banyak. Letak air seminima mungkin, takat dia boleh kisar udah le. Serai tu uols katok-katok kan.
Dalam periuk, bancuh tempoyak dengan air, ikut pekat mana uols nak ye. Then hidupkan api dan campurkan bahan yang ditumbuk tu dengan bancuhan tempoyak tadi, panaskan sampai menggelegak.
Masukkan serai dan asam keping, kemudian masukkan ikan. Agak-agak ikan dah nak masak tu masukkan santan, kasi kacau sikit.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biar atas api sampai ikan masak. Keep on kacau supaya tak pecah santan tu. Kalau ikan dah masak boleh tutup api dan hidangkan.
Mummy selalunya masak gulai sehari sebelum nak makan, biar mesra orang kata dan rasanya akan lebih padepawwwwwww! Contoh kalau nak buat bekal pagi, maka mummy masak malam sebelum tu. Makan gulai ni dengan nasi panas-panas (lap air liur).
Kecur ayaq liur? Dah pi buat lekaih. Laki hang dah lapaq tu. Ni last portion of ikan Keli yang sempat bergambar.
Ada kawan mummy yang runsing nak memasak bila dah berumah tangga. Takut tak sedap dan takut kena gelak. Itu normal, reti memasak bukan gifted tapi talent yang kena asah gicheww. Gordon Ramsay pun mai Malaysia belajar masak rendang. Wat lek wat pis, KEEP CALM AND COOK. Mummy dulu masa bujang bukan reti masak pun, buat kek bantat, masak gulai tawar rasa pelik, ayam sambal jadi ayam sos. TokMa pernah gelakkan mummy sebab masak ayam mayonis yang totally awful rasa dia. Ntah macam mana la mummy leh terpedaya dengan resepi tu. Tapi sekarang mummy mampu menambat perut TokMa untuk selalu bertandang kat rumah. Hahahaha *berlagak siol!*
Okaylah, uols cube try test la yek. Mummy nak pikir ape nak masak petang ni.
Till Next Time,
Syikin Asril
Assalamualaikum,
Dalam anak-anak punya development, antara part yang paling mencabar adalah potty training selain belajar membaca, mengeja, mengenal huruf etc. Potty training ni, untuk para ibu bapa uols kena sediakan tahap kesabaran ke 7 petala langit tau. Uols ingat mummy melawak ke? Serius ni. Nak nak kalau ibu bapa yang OCD, kesabaran tu mungkin melangit hingga ke planet Marikh. Lek lek, jangan serius bebenor uols. It's a fun fun journey even uols akan jadi harimau jadian pada masa-masa tertentu.
Alhamdulillah, Danish Eisqandar dah berjaya DIAPERS-FREE siang dan malam. Yeayyyy jimat, faham-faham je abang ni mummy daddy berpeluh nak menghadapi GST. Mummy nak ucapkan ribuan terima kasih pada baby sitter yang bertabah trained Danish. Uols kalau guna baby sitter, minta la budi bicara dia untuk train anak-anak kita. Macam Danish kalau dengan kami memang habis dia manipulate habis mummy daddy. But don't label ourselves as ibu bapa yang gagal, anggap ini adalah learning process. Mana ada mak pak yang kawin-kawin, anak lahir terus PRO kan? Maka mummy belajar dari pengalaman Danish untuk train Darwish dan adik-adiknya. Alasan mak mak ni mindanya "pandang kehadapan" sokmo. Agagagaga.
Masa Danish umur 2 tahun mummy pernah trained dia sekali, masa tu dalam pantang bersalinkan Darwish. Setiap saat la mummy kena tanya Danish, "Abang nak kencing tak?" or "Abang nak berak?". Dan sepanjang masa la si Danish cakap, "TAK NAK!". Senyap-senyap dia dah pun buat projek dan atas extension plug summore haiyaaaaaa! Mencabar tak? Maka mummy pun give up sampai la baby sitter mummy gak la yang trained dia. Tips dan cara dia sama je cuma baby sitter lebih banyak masa dengan Danish berbanding mummy.
Selain mengharapkan baby sitter, mummy juga ada ambil tips dekat belog Adlil Rajiah. alaaaaaaa Acik Jijie yang super viral dekat Facebook tu. saatakukaupilih.blogspot.com kenal? kalau tak kenal juga uols memang NOOB. Di bawah adalah bahan bacaan mummy okay.
Okay, untuk part potty training overnight macam tak susah sangat bagi mummy. Since Danish memang dah paham jenis-jenis arahan mummy, so mummy just suruh je dia pergi buang air sebelum tidur. Alhamdulillah, bertahan. Jam 7:00 pagi esoknya mummy akan kejut Danish bangun dan dia sendiri akan bagitahu, "mummy, abang nak kencing".
Tipu la kalau mummy cakap Danish tak pernah pun terkucil. "Eh anak aku hebat, sekali cakap terus cekap tau", tipu sangat! Ada je dan kebanyakan nya di luar kawasan rumah -_-". Kalau kat kedai makan tu, dia punya jerit nak terkencing macam nak semua orang tahu jauh di lubuk sanubari dia yang dia nak kencing. Harap jangan sampai ke tua la peel gitu. Kalau buat mummy cubit curi kat perut dia. Pernah sekali dia nak buang air besar, dia bagitau kat mummy siap dengan aksi nak teran-teran lagi. Nasib la ada toilet yang berdekatan masa tu, mummy dukung je terus lari pergi toilet. Buat hal betul siap nak teran kat situ. Kalau terlepas sape nak kutip tuuuuuuuu? Harus la hubster kan kan kan?
Uols jangan la runsing-runsing okay. Look at the bright side omputih kata. Mengajar anak-anak ni mengajar kita juga untuk jadi manusia paling sabar dalam dunia. Amacam? Dah cukup sabar ke belum uols? Mummy? Kalau mummy cakap "YA", hubster baca ni mesti dia ketawa "tangan kat bahu, mata ke atas" berdekah-dekah secara berirama. Banyak yang mummy perlu belajar. So, just go with the flow gichewwwww~
Lebih kurang macam ni la cara dia nak meluahkan perasaan nak kencing tu.
Till Next Time,
Syikin Asril
You can never change the past nor control the future, but you can change the mood of the day by touching someone’s heart with your smile.
Photo taken at Damai Central, Pantai Damai Santubong.
Till Next Time,
Syikin Asril
Assalamualaikum,
The big issue bila kita travel abroad especially adalah MANA NAK MAKAN, SUSAH TAK NAK MAKAN, APA JENIS MAKAN, APA FAMOUS LOCAL FOOD and go on like Halal issue etc. Kalau mummy, if go to Asia's Country I'll go for local food. Even kat Malaysia berlambak pun but the taste mesti la Umpphhh lagi kan?
Last January 2015 mummy ikut hubster outstation ke Milan, Italy. Mula-mula taknak join sebab sepatutnya kami kena join TokMa on her February Trip, plus air ticket yang mummy nak tu dah melambung harganya. Hubster pulak tak boleh ambil Long Leave at early year sebab cuti dia bersifat cummulative. Jadi nak cuti panjang kena la tunggu hujung tahun. Fikir punya fikir, gedik punya gedik.... ehhhh terbeli lak tiket ke Milan via Etihad.
So, tugas mummy macam biasa kena fikir apa nak buat sepanjang hari masa hubster berkerja dan kat mana nak makan kat Milan selain bawak makanan dari Malaysia. Ikut plan asal, patutnya kami makan 3 hari je dekat rumah yang lain nak try Local Food. Tapi hasilnya hampesss sebab macam 2 3 kali je makan dekat rumah dan yang lain berangan jadi orang Italy.
First we start with breakfast. Untuk orang-orang yang diet like me (laaaa sangatttt), uols mesti suka breakfast gaya Italian. Depa kat Italy makan Crossaint dengan Cappuccino and you are ready to go. Kalau suka Hot Choc boleh la amik Hot Choc, but diingatkan Hot Choc depa tak macam Starbucks Signature Hot Choc ye. Hot Choc nya likat pekat macam Chocolate Sauce. Ibarat Chocolate yang mengalir dekat Choc Fondue, haaaaa gituh la likat nye. Tapi sedap! walaupun terkulat-kulat nak habiskan. Orang Malaysia kannnn, kemooonnnn. Set breakfast Crossaint dan Cappucino murah la kalau tak convert around €2 ke €3.
Hallbar at Via Paolo Sarpi
Untuk lunch dan dinner pula mummy banyak habiskan masa makan dekat rumah sebab hubby pergi kerja pulang nya petang. Selain makan Maggie, mummy bawa juga nasi impit sekali dengan kawan-kawan dia yakni rendang dan kuah kacang. Semua segera je uols, cari je kat supermarket, mesti ada. Nasib tak makan dengan pakai baju raya, kalau tak boleh buat gambar salam perantau ye dok!?
Ada certain days yang kami makan dekat luar sebab ngidam! tiberrr kan. Kami hanya balun seafood dan tumbuh-tumbuhan. Daging maging kami tak layan. Makan kat luar tu pun sebab memang hari tu nak berjalan-jalan, so keluar pagi then malas bawa bekal. Bekal hanya untuk anak teruna beta saja.
First time at Giusto Gusto , Via Bruletto ang Via Cusani. We're having Shrimp Salad & Seafood Risotto.
Second time at Giusto Gusto, Spinach Lasagna, Spinach Pasta and another green pasta. Actually that day we came again to Giusto Gusto because hubster craved for their Risotto. To bad not available on that day.
At Pizza OK, just across Arc de Triomphe. Pizza besar = OK. Rasa = Just OK. Masa dekat sini kami order juga Seafood Marinara Pasta, yang ni sedap dan pizza kami order seafood + tomato + basil pizza.
Tomato + Mozarella Pizza at Il Campanile (Beside Bata store at Duomo area). Nice!
Kalau pergi Italy ni, jatuh tahap wajib kena rasa depa punya Gelato. Sumpah tak sama macam eskrem gulung ke, eskrem pasu ke, eskrem lesung ke even eskrem tempurung. Baskin Robin dan Haagen Dazs pun kalah. But Malaysia please be proud dengan eskrem Malaysia okay. Kerana hanya ada di Malaysia!
Hasil dari geledahan di Google, mummy jumpa la a few kedai gelato kat area Milan ni. Jadi kita takkan pergi banyak tempat pun, pilih la yang dekat dengan Duomo Milano. Jumpa! memang terangkat la Gelato dia. Mummy amik yang gelato €4 dengan 3 scoops dan choc inside cone, siap ada sekut lagi on top. Mummy pilih flavour Rose, Dark Choc and Lemon. Lemon tu mcm lari je kan dari combination, tapi sebab mummy risau muak, jadi kira cara patahkan mual la tu. By the way, kedai ni dapat good reviews in Tripadvisors too. Kira boleh percaya la. Mummy nak cuba GROM asalnya tapi kedai jauh maka mummy malas.
Actually tujuan asal bukan la nak cari gelato tu dulu, sebenarnya nak pergi kedai yang bertentangan dengan Cioccolati Italiani ni. Mummy ni memang jenis #mudahterhibur #mudahtergoda. Geledah-geledah blog orang, then jumpa 1 blog ni bagitau kena try Luini Panzerotti. Tak susah pun nak cari. turun station Duomo dan dia kat area La Rinascente. Nasib la hubster layankan je dan nasib juga Panzerotti dia memang sedap baq ang! Mummy beli 1 makan kat situ dan 2 tapau bawak balik. Esok nya pegi lagi hahahaha. Tapi nak datang sini kena la elak lunch hour weekdays sebab you will expect LONGGGGGG QUEUEEEEEEEEEE! I recommend flavour Mozarella and Tomato.
Panzerotti at Luini : http://www.luini.it/ . Panzerotti ni kalau uols nak tau dia macam Kuih burger malaysia yang ada inti sambal bilis tu kan, tapi inti dia Tomato & Mozarella.
At Cioccolati Italiani : http://www.cioccolatitaliani.it/
Dekat Milan ada banyak Carrefour. Hasil perbualan hubster dan vendor di Milan, dengan €50 kalau pandai berbelanja boleh dapat 1 trolley penuh depa kata. Ye la kalau kat Malaysia RM200 pun leh dapat 1 trolley penuh air kotak ye dok? Kuikuikui. Dekat sana nak jimat tang makan tak susah, uols boleh tapau je roti dan macam mummy memang Mineral Coffee sentiasa disisi lalu makan je dengan roti. Neautralkan asid-asid dalam perut maka lambat sikit nak lapar tu. Kami pergi juga Carrefour tu tapi mummy end up beli buah raspberry dalam peket-peket tu dalam €2.50 lebih kurang Malaysia je kan.
Mummy kalau berjalan memang banyak makan. Semua pun nak cuba. Tahan sehari dua boleh la. Pas tu terus TAK TAHANNNNNN DAHHHH. Harap post mummy kali ni dapat la bantu sesiapa yang nak gi Milan in future, tang bab makan la yek. Kalau ada suggestion lain meh la share dengan mummy. Mana tau hubster nak wat seprais ke kheeeennnnnn.
Till Next Time,
Syikin Asril
"Travel, in the younger, is a part of education; in the elder, a part of experience."
-Francis Bacon, Sr.
P/S : Picture taken at top of Panorama Langkawi (SkyCab).
Till Next Time,
Syikin Aril
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, on my birthday month (hahaha nak cakap jugak!) I start to blog again. Ya ya I'm turning 30 this year and feel fabulous. Yes! I really mean it. Macam kawan mummy cakap, I should proud to be me because at age 30 ada masjid, ada anak, ada rumah dan kereta sendiri (walaupun masih hak milik BANK) dan tak semua orang dapat semua tu. Alhamdulillah. Glad I have tons of positive friends around me. Thank you guys, you know who you are.
Nothing much happened to me dari January untill today. I went to Milan, Italy on January, ikut hubster outstation. Two weeks after that went to Pekanbaru, Indonesia visiting hubster's relative. Just came back from Langkawi last two weeks and will on a jet plane again this week to Kuching meeting up my Fabulous girls!! I am so excited!
Mummy at area Arco Della Pace, Milano, Italy
Mummy at Masjid Agung An Nur, Pekanbaru, Indonesia
Nope, we're not Demorian Crew. Hiks! - Cable Car area, Pulau Langkawi
At Maharaja Lawak Mega Final! Thank you Anom for having me!
Tak lupa juga mummy bawa Danish Esiqandar to his first ever PLAYGROUP by #HaikalOPG. Mummy akan cerita lanjut nanti in another post. Sedih kan, umur dah nak 4 tahun baru mummy bawa pergi playgroup. Bad mummy I am. But mummy usaha yang terbaik okay! Talking about Danish, mummy dah berjaya jimat duit untuk diapers on Danish's side. Don't ask me how because my babysitter yang ajar dia dan bertabah dengan dia. Mummy dapat part-part yang mudah je, just follow up. Even ada juga terkucil sekali dua, tapi masih boleh bertabah la. Yang mummy boleh share hanya, uols boleh try 3 cara ni;
- Kena kerap tanya, "abang nak kencing (atau berak) tak?". I know, letih and I've been there. End up Danish kencing kat extension plug and I give up. Itu masa mummy try cuba test potty train masa dia 2 tahun.
- Beli tempat kucilan dia sendiri. IKEA ada, murah pun murah. Tak perlu la yang beria siap ada toys la, ada lagu-lagu bagai, ada gear untuk flush sendiri, ada game COC or Candycrush on it ke (eh tu macam mummy daddy nye toilet gear. hiks!). Nanti makin letih uols nak tunggu sebab dia seronok main dalam bilik air. Plus, Danish tak pakai dah pun tempat kucilan dia, awal-awal je. Lastly dia rela panjat jambat and be like a MAN!
- Beli underware yang best-best. Sedangkan berak kencing pun kena bayar doplohsen, ni kan pulak nak ajar anak-anak buang air sendiri. Kena la invest sikit ye abang kakak. So kalau dia suka superhero, beli la superhero nye underware, kalau suka Frozen beli la Frozen nye underware. Kalau anak-anak uols hanya sukakan or adorekan uols je sepanjang hidup dia, so print muka uols kat underware tu. Got it? Bukan ape, nak bagi dia excited pakai underware and potty train.
Danish at #HaikalOPG . His first art!
So, how's the Business so far? I know, I going slow mode recently because the remote tuned to fast forward for kerja hakiki. But Alhamdulillah rezeki masih tak putus. Still ada yang beli tudung dengan Syihaz Malaysia, masih ada order #sabunketiak #mineralcoffee #bbpluscollagen even I'm not promoting on FB and still ada order cakes from me. Alhamdulillah. Thank you untuk semua customers. #sayajual ! I really miss going to class every Wednesday & Friday. Hope will manages my time properly after this. Inn shaa Allah.
Azam mummy umur 30 tahun ni, mummy nak jadi macam TokMa. Masak setiap pagi. Actually my point untuk masak ni bukan untuk jimat sangat pun. Sebab masak makan berdua bukan jimat sangat. Baik mummy minta hubster beli nasi goreng paprik kat Restoran Sharifah bawah rumah kami tu, portion pun besar boleh kongsi berdua. Tu baru RM7.00, lagi jimat. Tapi sebab kan hubster ni suka sangat skip meal, busy sangat kata dia dan taktau nak makan ape sebab area ofis dia nak makan sedap semua nya mahal. So, mummy masak la yek sebab risau nanti tak dapat beza mana tiang letrik dan mana suami ku. Hehe maaf ya hubby!
Starting at age 30 ni juga mummy nak mulakan kembali healthy life. I will share my progress with you and hope you will support me dengan harapan takkan terhenti di tgh jalan. Actually, I just miss my slim body. Sekarang mummy hanya gunakan #premiumbeautiful untuk bantu mummy seeeelimmmm semula. Try harder untuk kurangkan craving. Makan tu tak salah. Tapi makan secara melampau tu salah. Craving benda manis-manis tu paling jahat sekali. hewhew. Maka harapan mummy nak dapatkan berat ideal. Doakan mummy berjaya ye!
Till Next Time,
Syikin Asril
Assalamualaikum,
Lama betul dah tak berblogging, since masuk tempat kerja baru Kin super-busy! Harap masih tak terlambat untuk wish Selamat Tahun Baru! Kejap je dah 2015. Rasa macam masih baru lahirkan Darwish Eisqandar (padahal December 2013 kot).
Masuk tahun baru ni mesti berjela list azam kan? yang carry forward pun banyak. Untuk Kin, tak banyak sangat aim untuk 2015, just nak save more and travel more! Selain tu harap hidup lebih baik dari tahun lepas. Harap juga kerja dan bisnes berjalan lancar hendaknya.
Why save more? Sebab 2016 akan lebih mencabar sebab nak sediakan macam-macam untuk Danish Eisqandar masuk pre-school. Biasa lah mak-mak ni, baru jejak 2015 dah sibuk pasal 2016.
Travel more? sebab 2014 Kin tak travel pun, paling jauh pun Kuching. Tu pun trip 2 hari 1 malam sebab pergi wedding kawan. Bali trip have to canceled atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. But now, I am so excited sebab lagi 2 minggu akan travel, kemana? will reveal soon. Pening bos, first day kerja on 2015 Kin dah apply long leave. ahaks! Thank you hubby sudi bawak saya jalan-jalan.
Ok lah, Kin harap azam 2015 kita semua tercapai. Selamat hadapi Tahun 2015!!!!
Lama betul dah tak berblogging, since masuk tempat kerja baru Kin super-busy! Harap masih tak terlambat untuk wish Selamat Tahun Baru! Kejap je dah 2015. Rasa macam masih baru lahirkan Darwish Eisqandar (padahal December 2013 kot).
Masuk tahun baru ni mesti berjela list azam kan? yang carry forward pun banyak. Untuk Kin, tak banyak sangat aim untuk 2015, just nak save more and travel more! Selain tu harap hidup lebih baik dari tahun lepas. Harap juga kerja dan bisnes berjalan lancar hendaknya.
Why save more? Sebab 2016 akan lebih mencabar sebab nak sediakan macam-macam untuk Danish Eisqandar masuk pre-school. Biasa lah mak-mak ni, baru jejak 2015 dah sibuk pasal 2016.
Travel more? sebab 2014 Kin tak travel pun, paling jauh pun Kuching. Tu pun trip 2 hari 1 malam sebab pergi wedding kawan. Bali trip have to canceled atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. But now, I am so excited sebab lagi 2 minggu akan travel, kemana? will reveal soon. Pening bos, first day kerja on 2015 Kin dah apply long leave. ahaks! Thank you hubby sudi bawak saya jalan-jalan.
Ok lah, Kin harap azam 2015 kita semua tercapai. Selamat hadapi Tahun 2015!!!!
Kin tergolong lettewwwww~
Till next time,
Syikin Asril