Omnomnomnom : Gulai Lemak Tempoyak Ikan Keli Super Pedasssssssss!

Tuesday, April 14, 2015

Assalamualaikum,

Misi mummy untuk masak setiap hari hampir berjaya. Letih fikir nak masak apa. Ingat soklan "nak makan mana?" habis mencabar minda dah, now I have a same problem with a little bit twist question. Gicheewww. So mummy dalam misi nak anak perempuan, kita mulakan dengan menjaga makan, yakni banyakkan makan ikan dan kurangkan daging. Hakhak mummy ikut je la dah orang ajar mummy macam tu (dasar senang terpengaruh dengan rakan sebaya), memang la anak tu rezeki, yang penting sihat, tapi kita kena usaha kan? Lalu mummy dok borong ikan je la. Ikan cencaru, ikan keli, ikan talapia, ikan sebelah pun mummy beli. Nak variety punya pasal. Tapi ada la gak selingan udang dan sotong. Bukan tak makan langsung daging tu, tapi kena la kurangkan. 

Bila sampai turn si Keli ni, mummy agak buntu nak masak apa. Kalau goreng Keli tu memang mintak jauh la, macam perang dalam dapur nanti gamaknya bersiap perisai. Nak elak part goreng-goreng ni mudahnya kita buat gulai je la. Senang! 

Geledah-geledah peti ais, jumpa sebekas besar tempoyak mak mertua tahun lepas. Sumpah tak pernah bukak. Elok lagi berikat dalam plastik. Mummy memang dah lupa kewujudan dia. Haha. Jangan risau, tempoyak perap lagi lama lagi sedap. Tapi kalau uols tanya apa jadi kat tempoyak tu kalau perap 8 tahun, hurmmmmm mummy belum boleh jawab. Mummy akan tinggalkan sesudu untuk test. Semoga mummy ingat nak tinggalkan sesudu tu.

Gugel punya gugel, mummy decided untuk buat Gulai Lemak Tempoyak Ikan Keli. Actually mummy nak buat Gulai tempoyak biasa je sebab malas la nak bersantan bagai. Check dalam peti, daun kesum tak de. Kalau takat dua helai je perlu leh la mummy abaikan, tapi dia minta secekak maka tukar plan. Plus kol 1 pagi nak cari santan tu lebih mudah berbanding daun kesum. Tabah je hubster layan mummy, keluar pergi memburu santan sesubuh hening.

Masak Gulai Lemak Tempoyak ni serius mudah. Now everibadeh can cook Gulai Lemak Tempoyak! But first thing first mummy nak share cara basuh ikan keli. Dia ada banyak version tapi ini yang mummy buat. Dah siang bersih tu basuh dan lumur ikan keli dengan garam, perap untuk 15 minit. Lepas tu uols bilas. Kemudian lumur dengan tepung gandum, lepas beberapa minit uols bilas lagi. At this stage uols akan rasa ikan Keli tu dah kurang lendirnya. Sebab lendir ni la punca TokMa (my mama) tak nak masak ikan Keli. Dia pernah cuba-cuba, tapi lepas tu patah selera berminggu-minggu. So ini boleh jadi #tipskurus untuk yang penggeli sangat tu. Bukan tak nak masak sendiri, tapi dulu duduk dengan TokMa kan, memang harap TokMa je la masak. Eleh, macam la uols tak buli mak uols macam tewww~

Okay, seterusnya kita pergi part memasak pulak, tapi sebelum tu nak menunjuk la list bahan-bahan nya.
Disclaimer : Sukatan adalah ikut sedap tekak & lidah mummy. Nak ikut sedap lidah & tekak uols mohon adjust. 


2 ekor ikan keli (mummy beli yang beso then belah 2 each)
Kunyit hidup dalam seinchi setengah
Cili padi segenggam (tak nak pedas leh kurangkan)
Serai 4 batang (Kuruih ja size dia)
Tempoyak sesenduk (senduk mummy diameter dalam 8 sentimeter)
Santan sekotak
Air secukupnya
Asam keping
Garam & Gula sebagai pelengkap.

Cara-cara dia cenggini, tumbuk kunyit dan cili padi sampai lumat. Kalau rumah takde lesung boleh pakai blender tapi jangan letak air banyak. Letak air seminima mungkin, takat dia boleh kisar udah le. Serai tu uols katok-katok kan. 

Dalam periuk, bancuh tempoyak dengan air, ikut pekat mana uols nak ye. Then hidupkan api dan campurkan bahan yang ditumbuk tu dengan bancuhan tempoyak tadi, panaskan sampai menggelegak. 

Masukkan serai dan asam keping, kemudian masukkan ikan. Agak-agak ikan dah nak masak tu masukkan santan, kasi kacau sikit. 

Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biar atas api sampai ikan masak. Keep on kacau supaya tak pecah santan tu. Kalau ikan dah masak boleh tutup api dan hidangkan.

Mummy selalunya masak gulai sehari sebelum nak makan, biar mesra orang kata dan rasanya akan lebih padepawwwwwww! Contoh kalau nak buat bekal pagi, maka mummy masak malam sebelum tu. Makan gulai ni dengan nasi panas-panas (lap air liur).

Kecur ayaq liur? Dah pi buat lekaih. Laki hang dah lapaq tu. Ni last portion of ikan Keli yang sempat bergambar.

Ada kawan mummy yang runsing nak memasak bila dah berumah tangga. Takut tak sedap dan takut kena gelak. Itu normal, reti memasak bukan gifted tapi talent yang kena asah gicheww. Gordon Ramsay pun mai Malaysia belajar masak rendang. Wat lek wat pis, KEEP CALM AND COOK. Mummy dulu masa bujang bukan reti masak pun, buat kek bantat, masak gulai tawar rasa pelik, ayam sambal jadi ayam sos. TokMa pernah gelakkan mummy sebab masak ayam mayonis yang totally awful rasa dia. Ntah macam mana la mummy leh terpedaya dengan resepi tu. Tapi sekarang mummy mampu menambat perut TokMa untuk selalu bertandang kat rumah. Hahahaha *berlagak siol!*

Okaylah, uols cube try test la yek. Mummy nak pikir ape nak masak petang ni.

Till Next Time,
Syikin Asril

You Might Also Like

0 comments