Life : Danish Eisqandar's potty train journey

Tuesday, March 31, 2015

Assalamualaikum,

Dalam anak-anak punya development, antara part yang paling mencabar adalah potty training selain belajar membaca, mengeja, mengenal huruf etc. Potty training ni, untuk para ibu bapa uols kena sediakan tahap kesabaran ke 7 petala langit tau. Uols ingat mummy melawak ke? Serius ni. Nak nak kalau ibu bapa yang OCD, kesabaran tu mungkin melangit hingga ke planet Marikh. Lek lek, jangan serius bebenor uols. It's a fun fun journey even uols akan jadi harimau jadian pada masa-masa tertentu.

Alhamdulillah, Danish Eisqandar dah berjaya DIAPERS-FREE siang dan malam. Yeayyyy jimat, faham-faham je abang ni mummy daddy berpeluh nak menghadapi GST. Mummy nak ucapkan ribuan terima kasih pada baby sitter yang bertabah trained Danish. Uols kalau guna baby sitter, minta la budi bicara dia untuk train anak-anak kita. Macam Danish kalau dengan kami memang habis dia manipulate habis mummy daddy. But don't label ourselves as ibu bapa yang gagal, anggap ini adalah learning process. Mana ada mak pak yang kawin-kawin, anak lahir terus PRO kan? Maka mummy belajar dari pengalaman Danish untuk train Darwish dan adik-adiknya. Alasan mak mak ni mindanya "pandang kehadapan" sokmo. Agagagaga.

Masa Danish umur 2 tahun mummy pernah trained dia sekali, masa tu dalam pantang bersalinkan Darwish. Setiap saat la mummy kena tanya Danish, "Abang nak kencing tak?" or "Abang nak berak?".  Dan sepanjang masa la si Danish cakap, "TAK NAK!". Senyap-senyap dia dah pun buat projek dan atas extension plug summore haiyaaaaaa! Mencabar tak? Maka mummy pun give up sampai la baby sitter mummy gak la yang trained dia. Tips dan cara dia sama je cuma baby sitter lebih banyak masa dengan Danish berbanding mummy.

Selain mengharapkan baby sitter, mummy juga ada ambil tips dekat belog Adlil Rajiah. alaaaaaaa Acik Jijie yang super viral dekat Facebook tu. saatakukaupilih.blogspot.com kenal? kalau tak kenal juga uols memang NOOB. Di bawah adalah bahan bacaan mummy okay.


Okay, untuk part potty training overnight macam tak susah sangat bagi mummy. Since Danish memang dah paham jenis-jenis arahan mummy, so mummy just suruh je dia pergi buang air sebelum tidur. Alhamdulillah, bertahan. Jam 7:00 pagi esoknya mummy akan kejut Danish bangun dan dia sendiri akan bagitahu, "mummy, abang nak kencing". 

Tipu la kalau mummy cakap Danish tak pernah pun terkucil. "Eh anak aku hebat, sekali cakap terus cekap tau", tipu sangat! Ada je dan kebanyakan nya di luar kawasan rumah -_-". Kalau kat kedai makan tu, dia punya jerit nak terkencing macam nak semua orang tahu jauh di lubuk sanubari dia yang dia nak kencing. Harap jangan sampai ke tua la peel gitu. Kalau buat mummy cubit curi kat perut dia. Pernah sekali dia nak buang air besar, dia bagitau kat mummy siap dengan aksi nak teran-teran lagi. Nasib la ada toilet yang berdekatan masa tu, mummy dukung je terus lari pergi toilet. Buat hal betul siap nak teran kat situ. Kalau terlepas sape nak kutip tuuuuuuuu? Harus la hubster kan kan kan?

Uols jangan la runsing-runsing okay. Look at the bright side omputih kata. Mengajar anak-anak ni mengajar kita juga untuk jadi manusia paling sabar dalam dunia. Amacam? Dah cukup sabar ke belum uols? Mummy? Kalau mummy cakap "YA", hubster baca ni mesti dia ketawa "tangan kat bahu, mata ke atas" berdekah-dekah secara berirama. Banyak yang mummy perlu belajar. So, just go with the flow gichewwwww~

Lebih kurang macam ni la cara dia nak meluahkan perasaan nak kencing tu.


Till Next Time,
Syikin Asril

You Might Also Like

0 comments