Omnomnomnom : Eat at Milano, Italy

Wednesday, March 18, 2015

Assalamualaikum,

The big issue bila kita travel abroad especially adalah MANA NAK MAKAN, SUSAH TAK NAK MAKAN, APA JENIS MAKAN, APA FAMOUS LOCAL FOOD and go on like Halal issue etc. Kalau mummy, if go to Asia's Country I'll go for local food. Even kat Malaysia berlambak pun but the taste mesti la Umpphhh lagi kan?

Last January 2015 mummy ikut hubster outstation ke Milan, Italy. Mula-mula taknak join sebab sepatutnya kami kena join TokMa on her February Trip, plus air ticket yang mummy nak tu dah melambung harganya. Hubster pulak tak boleh ambil Long Leave at early year sebab cuti dia bersifat cummulative. Jadi nak cuti panjang kena la tunggu hujung tahun. Fikir punya fikir, gedik punya gedik.... ehhhh terbeli lak tiket ke Milan via Etihad.
So, tugas mummy macam biasa kena fikir apa nak buat sepanjang hari masa hubster berkerja dan kat mana nak makan kat Milan selain bawak makanan dari Malaysia. Ikut plan asal, patutnya kami makan 3 hari je dekat rumah yang lain nak try Local Food. Tapi hasilnya hampesss sebab macam 2 3 kali je makan dekat rumah dan yang lain berangan jadi orang Italy.
First we start with breakfast. Untuk orang-orang yang diet like me (laaaa sangatttt), uols mesti suka breakfast gaya Italian. Depa kat Italy makan Crossaint dengan Cappuccino and you are ready to go. Kalau suka Hot Choc boleh la amik Hot Choc, but diingatkan Hot Choc depa tak macam Starbucks Signature Hot Choc ye. Hot Choc nya likat pekat macam Chocolate Sauce. Ibarat Chocolate yang mengalir dekat Choc Fondue, haaaaa gituh la likat nye. Tapi sedap! walaupun terkulat-kulat nak habiskan. Orang Malaysia kannnn, kemooonnnn. Set breakfast Crossaint dan Cappucino murah la kalau tak convert around €2 ke €3. 

Bar Brera at Via Brera

Hallbar at Via Paolo Sarpi
Untuk lunch dan dinner pula mummy banyak habiskan masa makan dekat rumah sebab hubby pergi kerja pulang nya petang. Selain makan Maggie, mummy bawa juga nasi impit sekali dengan kawan-kawan dia yakni rendang dan kuah kacang. Semua segera je uols, cari je kat supermarket, mesti ada. Nasib tak makan dengan pakai baju raya, kalau tak boleh buat gambar salam perantau ye dok!?
Ada certain days yang kami makan dekat luar sebab ngidam! tiberrr kan. Kami hanya balun seafood dan tumbuh-tumbuhan. Daging maging kami tak layan. Makan kat luar tu pun sebab memang hari tu nak berjalan-jalan, so keluar pagi then malas bawa bekal. Bekal hanya untuk anak teruna beta saja.

 First time at Giusto Gusto , Via Bruletto ang Via Cusani. We're having Shrimp Salad & Seafood Risotto.

Second time at Giusto Gusto, Spinach Lasagna, Spinach Pasta and another green pasta. Actually that day we came again to Giusto Gusto because hubster craved for their Risotto. To bad not available on that day.
At Pizza OK, just across Arc de Triomphe. Pizza besar = OK. Rasa = Just OK. Masa dekat sini kami order juga Seafood Marinara Pasta, yang ni sedap dan pizza kami order seafood + tomato + basil pizza.
Tomato + Mozarella Pizza at Il Campanile (Beside Bata store at Duomo area). Nice!
Kalau pergi Italy ni, jatuh tahap wajib kena rasa depa punya Gelato. Sumpah tak sama macam eskrem gulung ke, eskrem pasu ke, eskrem lesung ke even eskrem tempurung. Baskin Robin dan Haagen Dazs pun kalah. But Malaysia please be proud dengan eskrem Malaysia okay. Kerana hanya ada di Malaysia!

Hasil dari geledahan di Google, mummy jumpa la a few kedai gelato kat area Milan ni. Jadi kita takkan pergi banyak tempat pun, pilih la yang dekat dengan Duomo Milano. Jumpa! memang terangkat la Gelato dia. Mummy amik yang gelato €4 dengan 3 scoops dan choc inside cone, siap ada sekut lagi on top. Mummy pilih flavour Rose, Dark Choc and Lemon. Lemon tu mcm lari je kan dari combination, tapi sebab mummy risau muak, jadi kira cara patahkan mual la tu. By the way, kedai ni dapat good reviews in Tripadvisors too. Kira boleh percaya la. Mummy nak cuba GROM asalnya tapi kedai jauh maka mummy malas.

Actually tujuan asal bukan la nak cari gelato tu dulu, sebenarnya nak pergi kedai yang bertentangan dengan Cioccolati Italiani ni. Mummy ni memang jenis #mudahterhibur #mudahtergoda. Geledah-geledah blog orang, then jumpa 1 blog ni bagitau kena try Luini Panzerotti. Tak susah pun nak cari. turun station Duomo dan dia kat area La Rinascente. Nasib la hubster layankan je dan nasib juga Panzerotti dia memang sedap baq ang! Mummy beli 1 makan kat situ dan 2 tapau bawak balik. Esok nya pegi lagi hahahaha. Tapi nak datang sini kena la elak lunch hour weekdays sebab you will expect LONGGGGGG QUEUEEEEEEEEEE! I recommend flavour Mozarella and Tomato.



Panzerotti at Luini : http://www.luini.it/ . Panzerotti ni kalau uols nak tau dia macam Kuih burger malaysia yang ada inti sambal bilis tu kan, tapi inti dia Tomato & Mozarella.
At Cioccolati Italiani : http://www.cioccolatitaliani.it/

Dekat Milan ada banyak Carrefour. Hasil perbualan hubster dan vendor di Milan, dengan €50 kalau pandai berbelanja boleh dapat 1 trolley penuh depa kata. Ye la kalau kat Malaysia RM200 pun leh dapat 1 trolley penuh air kotak ye dok? Kuikuikui. Dekat sana nak jimat tang makan tak susah, uols boleh tapau je roti dan macam mummy memang Mineral Coffee sentiasa disisi lalu makan je dengan roti. Neautralkan asid-asid dalam perut maka lambat sikit nak lapar tu. Kami pergi juga Carrefour tu tapi mummy end up beli buah raspberry dalam peket-peket tu dalam €2.50 lebih kurang Malaysia je kan.
Mummy kalau berjalan memang banyak makan. Semua pun nak cuba. Tahan sehari dua boleh la. Pas tu terus TAK TAHANNNNNN DAHHHH. Harap post mummy kali ni dapat la bantu sesiapa yang nak gi Milan in future, tang bab makan la yek. Kalau ada suggestion lain meh la share dengan mummy. Mana tau hubster nak wat seprais ke kheeeennnnnn.
Till Next Time,
Syikin Asril

You Might Also Like

0 comments