Pedoman : Kelebihan Solat Dhuha

Thursday, June 20, 2013

Assalamualaikum,
Selamat hari Khamis, tonite malam Jumaat boleh la kumpul pahala banyak-banyak dengan ibadah-ibadah yang afdhal dilakukan pada malam Jumaat. Hari ni Kin nak share "Kelebihan Solat Dhuha" (based on ape yang Kin Google la eh). Mana tahu kalau dipanjangkan umur, diberikan peluang untuk bernafas lagi, boleh la buat esok sebab Solat Dhuha ini dikerjakan ketika matahari sedang naik (antara Jam 8.00pagi hingga Jam 11.00pagi).

Solat sunat Dhuha ni dilakukan sebanyak 2 rakaat dan boleh juga dilakukan sebanyak 4,6,8 hingga 12 rakaat, samada nak buat 2 rakaat dengan 1 salam or 4 rakaat dengan 1 salam. Ikut kemampuan masing-masing.

Cara nak melakukan Solat sunat Dhuha ni adalah ;

1. Baca niat solat sunat Dhuha
2. Solat Dhuha 2 Rakaat :
- Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
- As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
- Al-lail dan Al-Insyirah.

3. Solat Dhuha 4 Rakaat
- Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
- Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

4. Masa sujud terakhir baca sebanyak 40 kali ;

Bermaksud : Berilah daku wahai Yang Maha Pemberi ilmu & hikmah dan kurniakanlah daku wahai Yang Maha Pengurnia, jadi mudahkan lah daku.


5.Selepas memberi salam, bertasbihlah sebanyak 10 kali ;

Bermaksud : Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah,dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya kekuasaan Allah.


6. Doa Solat Dhuha ;

Kelebihan Solat Sunat Dhuha ;

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Selamat beramal.

Till Next Time,
Syikin Asril

You Might Also Like

0 comments