Omnomnom : Farewell & farewell again.

Tuesday, July 09, 2013

Assalamulaikum my dearest,
Amacam your Monday? Jangan nak blues sangat okay. Kita cuba have fun with our Job sebaik mungkin. Not make fun with your job yek. Keje tetap kena buat secara serius. Sedar tak sedar dah nak puasa dah ni. Tinggal esok je untuk yang masih tak reti-reti nak ganti. Gulppppp! Harap ramai la dah langsai "hutang-hutang" puasa yang lepas.

Last week pun final week sebelum puasa untuk Kin pergi farewell lunch or dinner. Lepas ni tak leh join kalau my officemate if they organize masa puasa. Leh say Sayonara je la. This coming August Kin akan say goodbye my dearest baby girl. She go somewhere else. Sedih! Tapi kita tak mampu nak halang orang melainkan kita mampu naikkan or bagi bonus letop-letop kat diorang.

Farewell ni ada 2 part. Curlast kau! Ada part 1 and part 2. Ramai orang sayang dia, so boleh la buat banyak kali (Ahaks!). For 1st part we go to Kedai Ikan Bakar kat Pasar Dato Keramat. Mungkin kedai ni ramai yang tahu, Mak Teh (ke Pak Teh.. alamak! Kin tak ingat!) Ikan Bakar. Antara kedai ikan bakar yang best la kat KL ni. Nak penangan yang lebih best, pergi la kat Jalan Bellamy or Jalan Tanglin. Memang mengaum la!

Antara yang kami pilih adalah Ikan Pari Bakar, ulam, Sup Kaki Ayam (This is very humangaiiiihhhhhh!) dan Kerabu. Please, enjoy the pics.

Abaikan kanak-kanak spastic di belakang

The meals!

Sup Kaki Ayam yang superb! (For me)

Kerabu ni selalu sold out.. but for me biasa je.

Ikan Pari kebaboom!!

Overall makanan okay la, but as usual Kin tak leh masuk banyak. Tapi semalam Kin goreng ikan pekasam, 2 pinggan nasi kau bertambah! Very "anak kampung" baby dalam perut ni. Ikan pekasam tu Mak Mertua Kin yang buatkan, Home-made lagi. Kalau ada yang berminat leh la PM Kin okay. Total for 4 slices ikan pari bakar + sekor Ikan kembong bakar + Ulam-ulaman + Nasi 5 pinggan + Sup 7 mangkuk + Kerabu 2 pinggan = Lebih Kurang RM96.

Okay, dan bila dah ke Pasar Dato' Keramat ni, tak sah kalau tak singgah beli pencuci mulut. Kin ngidam nak tepung pelita but tak dapat gak, sebab dah Sold Out. Sedi, tabahkan hati.. balik kasi hentam coklat untuk tenangkan diri (LOL).

Aman Kuih : Memang aman mata tengok kuih-kuih dia.

Banyak kan? Macam kat bazaar Ramadhan.

Miss Pang dah rambang mata.


Then, Jumaat tu ade special treat untuk Kin, Cecilia & Yu Li dari Dr. Liew. Moral of the story, don't troll people bila you takde enough info. Hahaha, Kes nye bermula bila kami dok gelak2 kan Cecilia pasal thunderbird, then Cecilia leh pulak jumpa artikel pasal thunderbird ni memang ade. Huhuhu Kin pun tak ingat artikel tu actually pasal ape. Tak memasal asked Dr. Liew to treat us for that.

Dan habuan nyeeeeeee.. Suki-Ya!!!!! Sukiya ni restoran shabu-shabu yang famous kat Tokyo Street, Pavillion. Kin suka sangat Sukiya ni sebab dia serve mostly MEAT! Yes I'm Meat-Lover! Meat yang ada chicken, beef and lamb. Memang heaven tak tau nak cakap pe. Ada juga Wagyu Beef (Meat lover sepatutnya tahu la ape itu Wagyu Beef) tapi takde dalam buffet la. Kena bayar extra for that. Ok, for buffet they charge RM29.80 for lunch and RM39.80 for dinner. Harga for child lak separuh dari harga adult. 

Beauty & the Geek (LOL)

Table already full with meat and vege!

Ratu sushi sangat geeeee~

I love to dip the hot meat into raw egg then Omnomnom!

Happy faces!

I salute you bro, orang pertama yang Kin kenal makan wasabi macam Fruit Jam!

I hope I gain more & more weight!

This is too soft, but I love the taste.

Time bayar kita dok jauh sikit. Elak dari rasa bersalah kekdahnyaaaa~

The food sangat-sangat ohsem! Dia actually ade 3 jenis soup, Kimuchi, Shabu-shabu and Miso Soup. You only can choose 2 kind of soup (Max). Tapi kalau you type yang suka makan udang ke , sotong ke , yg macam ala-ala steamboat, this definitely not the place. Service kat sini pun laju je. But maximum boleh duduk makan for 2 hours je, sebab memang ramai serang tempat ni tak kira lunch or dinner. Kin memang suka sangat Suki-ya ni dan dah pernah bawak mama & adik-adik makan kat sini. Adik toksah cakap la, memang depa makan sampai bloated la (Hahahaaa). Kin definitely akan datang lagi dan lagi dan lagi!

Till Next Time,
Syikin Asril

You Might Also Like

0 comments