Kasut Vans punca perut bloated!

Friday, January 25, 2013

Salam readers!

How's your holiday yesterday? Mine was superb! Very unplanned as usual. Supposed,  I have to kerja semalam, but hati ibu yg kecil ni (hati yang kecil.. bukan aku!) terdetik nak ajak hubby ke Mid Valley. Tujuan utama just nak cuci mata dan belikan Kasut Vans untuk Danish yang memang I dah aimed lama dah. So dari rumah itu saja objektif yang ada. 

Sampai je kat Mid Valley,  we'olls terus menuju ke kedai kasut tersebut. Kat 3rd floor, Stadium ke nama kedai dia? Hmmmm lupa dah. Sangat faktor usia. Ok... sampai je kedai cuba dan terus beli. Normal price is RM129, ada lagi 20% discount jimat la sikit. Ada satu design tu Vans gak discount 40%, ingat nak amik yang tu je sebab murah skit and both comel tahap cipan! Tapi hasil perbincangan dua hala, hubby pilih yang sepeti dibawah;

 Yo Gabba Gabba Vans

Daddy tak menyempat, suruh terus pakai

Settled kasut Danish, keluar dari kedai dengan aman. Konon la kan. Aman la sangat! Perut I lak berdisko. Dalam kepala fikir nak makan Carl's Junior je, because we already at the 3rd floor. Tetiba teringat pulak review si Aidasue kat Instagram about satu kedai KPOP yang nyum nyum kat Mid Valley. Ayuh!!!

 Selamat Datang Ke Dunia KPOP!!

Ini adalah kali pertama makan makanan Korea secara fine dining. Selalu makan kat food court saja. Bulgogi Brothers ni ada banyak cawangan, antaranya Mid Valley, Pavillion, E-Curve dan Paradigm Mall.So, for this first time, I and hubby try normal meal of KPOP, yakni ;

Bulgogi Bibimbab - RM29.90

Kimchi Jigae - RM22.90

Normal kan? Standard yang ada kat foodcourt. But bukan ni saja yang kami dapat, malah their food come with side dishes. Set side dishes dia ada Kimchi, Kangkung, Bayam, Salad Labu (scoop mcm ice cream), Jeruk Sengkuang, Caramelize Lotus Flower, Steam Corn, Kacang Peas dan Keledek. Banyak bukan? Tapi aku tak pasti sebenarnya ia datang dengan food or per table memang akan dibagi side dishes ni. Kalau dia bagi per meal mesti kami dapat double kan? hmmmm make sense. Yang best depa siap kasi pinggan and sudu grapu untuk kekanak. Gambar Pororo siap. Owh! lupa nak habaq, kami tak beli pun drinks sebab depa memang kasi free tea of the day which is hari semalam adalah Corn Tea. Masa kami dah almost habis makan, agaknya waiter dia dah nampak I and hubby dah tersandar perut macam nak pecah, dia bagi lagi satu air, Iced Plum. Sedakkkkkkk~

Side Dishes

Corn Tea

Iced Plum

Overall, kami sangat berpuas hati, but Kimchi Jigae tu I lagi suka if dia masam lagi sikit. Next time will come again sebab nak try menda lain plak. Dah terkesima tengok orang meja sebelah makan menu daging. Kalau korang nak tengok Menu dia boleh la tekan SINI. Total harga makanan kami hanya RM58.10. Ok lah kan?

Bahan bukti!

Sesi pemakanan tak terhenti disini sahaja. Bagi relax dulu perut before we go for snack. Jalan-jalan la kami anak beranak singgah menyinggah kat kedai yang ada kat Mid Valley tu. Tak de la semua kedai kan nak kena singgah? Dah penat terus ke Garden. Aiming Crazy Potato and Durian Pancake/Crepe. Untuk yang tak tahu, Crazy Potato ni kedai yang jual kentang goreng dengan bermacam-macam topping. Kedai dia dekat depan Big Apple dan Big Apple dekat Food Juction yang menghubungkan Mid Valley dengan Gardens. Booth durian pancake ni pun dekat depan Big Apple gak, Best Seller katanya. Habis kete bau durian semalam!

Ni pun leh buat rambang mata!


dari City of London katanya

I pilih honey mustard topping

Durian Pancake -1 pack Rm10 ada 6 pieces

After dah grab Crazy Potato and durian pancake ni terus keluar dari Mid Valley sebab hubby pun dah penat nak jalan lagi, mata dah merah. Ada tujuan nak ke William KJ pulak sebenarnya. lepak late dinner dengan Anaz and Chewa, eh Tepet si Saufi pun ada malam tadi. Jadi makanan penutup hari semalam yang aku leh kongsi dengan Hery, Anaz and Tepet adalah......

Lamb Chop William KJ (Bukan size sebenar)

P/S: Memang PUNCA tol kan kasut Danish ni. Gems mummy! Hubby kena rasuk dengan hantu lapar, makan tanpa henti adalah so not Hubby! Sekian KBai!

You Might Also Like

0 comments