TRAVEL : Short-Roadtrip to Hat Yai (Part I)

Wednesday, May 07, 2014

Assalamualaikum,

Hmmm nampak gaya mood rajin update blog tu belum nak ada sepenuhnya. Masih tergantung ditengah jalan. Sobss! Ok takpe, kita usaha lagi sampai jadi.

Actually saja nak update pasal Roadtrip Kin sekeluarga ke Hat Yai last weekend (3-4Mei 2014). Tak rancang pun nak pergi Hat Yai tu. Last minit call sangat. Cadang nak pergi Kenduri Kahwin ex-classmate Kin, Wahidah kat Alor Star. Dah alang-alang nak ke sana, so cakap la dengan hubby, 

"Jom pergi Hat Yai By!!!! I nak ROADTRIP!!!"

Gitu haaaaa meroyan dah bini si Hery, check check tabung... ok passs! Actually, cakap nak pergi Hat Yai tu hari Jumaat pagi dan kami nak bertolak nye Jumaat malam. Perghhhh dengan si Darwish tak de passport lagi kannn, memang rasa adventure betul! Cekal, Yakin, Tabah je masa tu. So lepas kerja hari Jumaat tu (Kin halfday Every Friday), terus bergegas balik rumah untuk packing, ambil anak-anak kat baby sitter dan terus shoot pergi UTC Sentul (According to my friend, UTC Sentul tak ramai orang). Tapi nasib tak baik sebab lambat sangat so nombor giliran dah habis. Masa tu cuak jangan cakap la, sebab on the way pergi UTC tu sempat la booked hotel via Agoda.com. Nak nangis pun ada kan. Last choice adalah UTC Ipoh dan kena la tunggu Sabtu.

Bertolak lah kami dengan perasaan cuak tak tau nak cakap macam mana. Sebenarnya, takda benda pun kalau tak dapat buat passport tu, nak masuk Hat Yai pun nak guna kereta, bukan pakai kapal terbang. Kira akan burn duit hotel je la. Tapi sebab hati nakkkkkkkkkkkk sangat kan. Lautan api sanggup ku redah la jadinya!

On the way ke Ipoh tu, singgah la dulu kat rumah Abang Ipar Kin kat Slim River. Motif, singgah makan je. Banyak lak biras Kin masak malam tu, tapi hati tengah tak best kalau masuk 2 pinggan nasi pun malam tu tak rasa apa hahahaha. Lepas makan dan "Fresh up" sikit, kami terus pecut ke Ipoh. Kesian mak mertua Kin, sampai ke tengah malam dia tunggu kami sampai. Sampai je, cuci muka terus tidur dan berharap yang baik-baik je untuk esok hari. Tidur pun dalam cuak.

Sabtu tu bangun awal betul! Risau sangat-sangat terlambat dapat nombor giliran. Lepas solat subuh je terus iron baju mana nak pakai untuk pergi kenduri, siap, terus mandi! 7.30pagi dah keluar rumah, jamah apa pun tak. Bajet nak makan area UTC Ipoh je la.

Sampai lak kat UTC Ipoh, oh maaaaaannnnn! Jam 830pagi dia baru buka dan baru boleh masuk. Tak boleh nak pacak siap-siap dekat depan pintu Cawangan Immigresen tu. Jangan mimpi! Pacak lah kat bawah dengan panas berlengas. Maka tunggu lah dalam 30minit macam tu. Lagi sikit je nak 830pagi, Darwish lak dah tertidur, stroller pulak tinggal dalam kereta. Nak tak nak Hubby kena gak la ambil stroller. Dalam masa hubby pergi ambil stroller tu, pintu pun bukak. Dengan pantas sambil dukung Darwish yang sihat bak juara (More than 7kilo rasanya), semput juga la naik tangga ke garisan penamat. Ingat dapat la nombor 1. Nombor 8 gak dapat. Tapi still top 10, nevermind.

Comel tak kita?

Dah settle isi borang semua, tunggu la pulak untuk bayaran. Kanak-kanak bawah 12 tahun RM150 untuk 5 tahun dan RM80 untuk 2 tahun. Details lebih lanjut boleh jenguk sini . Selesai je part bayaran, baru la boleh sarapan dengan aman. Plus, kaunter kutip passport tu bukak Jam 10 pagi, so ada sejam lagi nak tunggu. Sempat sangat-sangat. 

Menu yang ada dekat sini

Tempat sarapan paling dekat dengan UTC Ipoh ialah Famous Mee Daud Mat Jasak. Restoran ni tepi jalan je. Hasil Google menunjuk kan dia ada kat Jalan Dato Onn Jaafar. Rasa kalau search kat Waze mesti jumpa punya. Kalau abang ipar Kin ada ni, dia paling suka makan kat sini. Siap dia cakap, rugi balik Ipoh kalau tak pekena Mee Jasak. Gituhhhh "Manderem" nyeee hahaha. Tak snap lak makanan, sebab lapar sangat tak ingat apa dah. Kat restoran ni paling best adalah Mee Kicap (Masa tengah menaip ni pun dah buat terliur, gulpppp! telan air liur je la mampu).

Dah kenyang, pergi la balik ke UTC Ipoh untuk pick up passport. Alhamdulillah, berjaya! Lega hati. Balik umah Mak Mertua, siap-siap dan terus ke Alor Star dan masa on the way nak ke Alor Star ni lah new problem pun datang. Haihhhh! Sila ambil perhatian ye, nak bawak masuk kenderaan ke Thailand berbeza sangat procedure dengan Singapore. Maka JANGAN YAKIN BOLEH! Penting untuk bawak bersama Salinan Geran Kereta. Cover Note insurans dan sebagainya tidak diterima sama sekali. Dah tak bawak tu kan, kena la tukar plan gaya "mat salleh" gituhhh. Kalau ada bawak geran, boleh beli insurance dekat Caltex RNR Gurun. Nanti dia akan bagi sticker.

Apam Gula Hangus!

Ingat tujuan utama; Selamat Pengantin Baru Wahid-ah!

Dia ni la yang paling Eksaited, kalah Mummy!

So sampai kat border (Bukit Kayu Hitam) lebih kurang jam 530petang (ada yang cakap boleh masuk sebelum jam 7petang), kami parked kereta dekat The Zone (ni pun tau kawan bagitau). Charge parking RM15/malam. Dekat The Zone ni ada satu kawasan untuk Parking Bermalam, dekat area belah belakang building The Zone. Then menapak la masuk ke Dannok. Untuk stamp passport kat Immigresen Thailand, siap-siap selitkan RM2 kat setiap passport (sebagai duit kopi, kalau korang tak bagi pun dia akan mintak). Kin dah siap prepared sebab hasil baca travelog semua mention macam tu.

Selamat sampai Border

   
Dekat area parking tu ada orang yang boleh tolong isi Arrival Card. RM2 satu.

Nasib tak backpackers bagai kan

Murah tukar duit dekat sini. Dapat RM1 for 10Baht

Untuk ke Hat Yai, kami naik Van. Dalam 1jam je dari Dannok. Van ni korang boleh naik dari depan 7Eleven yang tak jauh dari post immigresen Dannok. Naik van hanya 57Baht 1 seat, so kami amik 3 seat, TOTAL 171Baht (Lebih kurang 17 henggettttt! Murah!). On the way ke Hat Yai ni tak de benda yang menarik melainkan ladang-ladang getah. Tapi tak tau la korang rasa seronok tengok ladang getah kan.

Front camera kan? Standard la kan?

Sampai Hat Yai, lagi satu dugaan! Pakcik yang bawak Van tu drop kami kat Hotel yang salah. Kin tengok hery dari merah dah tukar biru then hijau. Hahahahaha panas tol hati. Nasib la dah biasa travel redah-redah macam ni. Mula-mula guna la Googel Maps, sebab rasa diorg ni ada masalah Bahasa, so dari terus sakit hati baik kita usaha cari sendiri tu. Dalam Maps lak tak bagitau kena rentas expressway. Hahahahaha mati akal kan bila tengok expressway. Lama gak la amik masa nak dapatkan Tuk Tuk. Nasib la bila dapat je Tuk Tuk, driver tu paham la dan terus bawak ke Hotel yang betul.

Gigih guna Google.Maps

Kin tempah PB Grand Hotel , mistake Kin kat sini sebab tak tau hotel ni jauh dari central. Tapi okay la bilik just RM75 satu malam. Yang penting takde macam hotel "melanggan" dan takde bau lipas. Aircond pun tak masalah. Siap ada hot shower lagi dan Free Wifi every room. Wifi dia laju siottt!

PB Grand Hotel Hat Yai

Bilik bersih sangat!

Dah check in semua, kami terus ke area Lee Gardens Plaza. Kat area lee Gardens ni boleh dapat makanan-makanan yang sedap dan halal. Tempat shopping macam uptown pun ade but in small size la. Kawan Kin dah pesan makan nasi lemak ayam dan teh tarik kat depan Lee Gardens ni. So, kami tuju tu dulu. 
 



Yumsssssss! kannn!?

 Perghhhhhhhhhhhh, Nasi Lemak Ayam Rempah memang terangkat la! Hubby sampai 2 pinggan dia balun dan Teh Tarik dia memang terbaik! tak dapat kat Malaysia Teh Tarik macam tu. Harga pun not bad, 50Baht untuk Nasi Lemak Ayam dan 20Baht Teh Tarik.

Dah makan tu, jalan pulak kat market dia. Tak de nak membeli sangat sebab minda cakap nak jalan-jalan cari makan je. Tapi dapat la belikan T-shirt untuk Danish & Darwish. Kin ada belikan Danish Pyjamas, dia letak 200Baht, last-last nego punya nego 100Baht je. Niat lepas tu nak pekena udang-udang besar kat 1 kedai ni, sekali sekor sampai 500Baht, gelak sinis je la kat hubby. Tanam dalam-dalam je la niat tu.



Ni gamaknya bila tak leh nak handle, dukung dua-dua terus



Ya Allah rambang mata sangat! Semua pun nak!
 
Sebelum balik hotel sempat la tapau Pulut Mangga dengan Kerabu Su'un. Ya Allah mangga tu manis sampai nak nangis rasa (Eh tetiba plak perut bunyi kan skang ni). Pulut mangga tu boleh pilih sendiri size Mangga. Kin amik yang 60Baht punya. tu pun dah puas sangat. Kerabu Su'un tu plak tak silap 30 Baht. Memang bahagia la tidur malam tu. Oh lupa nak bagi tau. Kami ulang alik ke Lee Gardens Plaza tu kene charge TukTuk 100Baht untuk satu hala.

Ok lah, panjang dah bebel. Nanti sambung part II pulak ye, nak cerita pasal Floating Market pulak.

Till Next Time,
Syikin Asril

You Might Also Like

0 comments