TRAVEL : Short-Roadtrip to Hat Yai (Part II)

Thursday, May 22, 2014

Assalamualaikum,

Debar tak tunggu second episode Roadtrip kami? Dah baca episode 1? Kalau belum moh baca sini .

Dekat Hat Yai ni tak banyak tempat yang boleh di"aktiviti"kan. Sangat limited dan jadi makin limited untuk kami yang ada masa yang teramat limited. Haaaa cam tu, paham ke idok?

Hari berikutnya, yakni hari Ahad, bangun pun malas-malas sebab target hanya nak pergi Floating Market je. Floating Market ni pasar makanan atas sampan. Kira 1 sampan 1 kedai. Tapi Floating Market ni bukak jam 3petang hingga 9malam je dan buka hanya pada JUMAAT, SABTU & AHAD. Kalau dah datang Hat Yai selain 3 hari ni sila jangan memandai nak letak dalam itinerary dan jangan nak tanya kenapa.

Check-out Hotel jam 12tengahari, ingat nak minta late check-out tapi mengenangkan pagi tu Kin minta "bowl" pun dah macam-macam isyarat tangan kena buat (nasib tak sampai kena lukis je), so keluar je la pukul 12tengahari tu dan lepak-lepak kat lobby hotel. Lobby hotel ni memang cozy habis la nak buat lepak. Sebelum check-out tu kami keluar la juga cari makan around 9pagi, 1 kedai makan pun takde bukak area hotel tu. Hotel lak takde breakfast, haihhh lah kan! Nasib ada 7Eleven, yakin beli Koko Crunch dengan susu je la. Balik makan kat bilik. Lepas check-out tu baru la dapat makan heavy sikit, sebab ada satu kedai muslim sederet dengan hotel ni bukak pukul 11pagi.


Perut masing-masing lapar, tapi nak makan heavy tapi tak nak makan banyak (hmmm complicated). Tapi kan dalam macam boleh naik angin, bila dapat menu terus bantai gelak. Sebab nya 100% dalam bahasa Thai dan takde gambar untuk setiap makanan. Mula la episode bercakap dengan tangan-tangan sekali bergerak kan. Last-last nasib diorang ada a few menu yang siap translate English, maka order mana yang mudah je lah yek.




Rasa dah makan slow-slow sangat dah. Tapi still nak ke pukul 3petang tu jauh lagi. Sementara tu sambung je la lepak dekat lobby. Then Kin suruh hubby pergi tanya driver TukTuk kat luar hotel tu kos nak ke Floating Market. Orang Tuktuk tu pun offered 500Baht dia siap bawak jalan-jalan. Tengok jam baru pukul 1.30petang so ON je la kan. First pergi market kat central then ke Floating Market. Kira ok la, dia siap tunggu dan yang paling bagus dia boleh cakap Melayu. Kalau ada yang nak turun Hat Yai boleh contact driver TukTuk ni;

Driver Tuktuk cakap Melayu (Rashid) : 
0918763556 (No. Thai) 

Untuk yang drive sendiri, guna GPS untuk bergerak, mungkin bila korang try set GPS dengan "Floating Market" takde result yang keluar. So, cuba set "Khlong Hae".

On the way ke Floating Market tu, perasaan dah tak sabar nak try macam-macam kan. Nak makan, nak makan dan nak makan. The Authentic Taste of Thailand gicchewww~ Sampai je Floating Market tu rasa bersalah sangat dekat Darwish & Danish. Sebab pukul 3petang tu panas sangat. Macam matahari tegak betul atas kepala. Tempat parking dengan kawasan Floating Market tu pun dalam 100Meter macam tu. Maka kena jalan la sikit.



Masa nak pilih tu excited sangat sampai tak tau nak mula mana dulu. Lebih kurang 20 sampan ada kat situ. Macam biasa Kin punya cara kalau makan kat Foodcourt pun, round dulu baru pilih. Jangan risau, rate harga makanan kat situ antara 20Baht ke 40Baht je. Murah dan rambang, jadi mambang kurang makan la Kin.









Semua benda kena try tau. Kin dengan Hery makan pun share je sebab kalau dah sorang 1 mangkuk macam mana nak try semua. Mau letup perut masing-masing. Please jangan lupa beli Coconut Ice Cream, sedap terangkat weyyyy!

Kat sini actually ada 2 section of market, 1 Floating Market dan 1 yang bahagia darat. Yang darat ni jual baju-baju dan peniaga yang makanan Non-Halal pun kat area darat. Floating Market tu semua makanan yang Halal sahaja. Mudah untuk muslim kalau datang Floating Market ni sebab ada surau dekat sini. Surau dia luas tapi atap rumbia la.

Lepas lebih kurang 2 jam kat situ, so meet up Rashid balik la kat parking. Jam pun dah pukul 5petang macam tu. Karang pukul berapa pulak nak sampai Dannok kan? Lepas tu Rashid terus la bawak kami ke port nak naik Van ke Dannok.

Sampai Dannok dalam Jam 6.30petang macam tu. Sebelum masuk ke Bukit Kayu Hitam sempat la beli Miang Kham, 3 peket RM10. Buat kudap-kudap dalam kereta.

Terasa kami anak-beranak dah macam belacan berlengas masa sampai tu. Tapi mandikan anak-anak je dulu kat RNR Gurun. Lepas tu sambung perjalanan ke Sungai Dua sebab nak pekena Char Koey Teow. Mula-mula hubby ajak singgah Pulau Pinang, nak pekena Nasi Kandar Berator, sebab kedai tu bukak Jam 10pm, memang cun la kalau pergi pun. Yang merisaukan adalah karang tetiba tak balik KL ni, mau check-in Batu Feringghi pulak. So, lupakan saya niat, terus ke Sg. Dua.

Settle makan, tengok jam dah pukul 11malam, Hurmmmmm~ Mula-mula ingat nak singgah Ipoh, tido rumah mak. Tapi dah pukul 11malam mau sampai Ipoh pukul 2pagi, esoknya kerja, nanti pukul berapa pulak nak bangun. Bincang punya bincang pelan-pelan la drive sampai Kajang. Banyak kali jugak la hubby berhenti rehat. Pukul 5 pagi jugak la sampai Kajang.

Overall, Kin puas hati la dapat Roadtrip walaupun kejap. Ni versi terjah-terjah, nanti nak plan betul-betul dengan hubby nak ke Krabi pulak lah hehehhee (angan-angan tu penting!). Kin suka makan dan makan, Asia je lah pilihan yang terbaik untuk Kin. Sekian, wassalam!

P/S : Nasib sangat kami masa pergi ni, balik je dari Hat Yai the next week nya terus ada kes bom kat Hat Yai. Alhamdulillah Allah lindungi kami sekeluarga. Sekarang pulak tengah bergolak aiyoooo!

Till Next Time,
Syikin Asril

You Might Also Like

0 comments